Program Infaq Cuci Langsir dan Karpet Surau/Masjid

Bersama Membersihkan Rumah Allah

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Langsir dan karpet yang bersih bukan sahaja mencerminkan keindahan surau atau masjid tetapi juga memberi keselesaan kepada jemaah ketika beribadah.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Infaq Wang

Anda boleh menyumbang secara tunai untuk membantu kos perkhidmatan mencuci.

Taja Pembersihan

Tajaan khas untuk membersihkan langsir atau karpet.

Sebarkan Kebaikan

Kongsi program ini bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menggalakkan lebih ramai menyumbang.

Program Infaq Cuci Langsir dan Karpet

Melalui program infaq ini, anda berpeluang menyumbang kepada kerja-kerja mencuci langsir dan karpet di surau serta masjid, agar sentiasa terjaga kebersihannya. Dengan ini, kita dapat memastikan rumah Allah kekal bersih, harum, dan selesa untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

“Bersihkan rumah Allah, bersihkan hati kita semua.”

Cuci Langsir

Pencucian Lembut: Membersihkan langsir tanpa merosakkan tekstur atau warna.
Penghilangan Habuk: Memastikan langsir bebas debu untuk udara yang lebih bersih.

Cuci Karpet

Pembersihan Mendalam: Menyingkirkan habuk, kotoran, dan bakteria menggunakan mesin vakum industri dan teknik pencucian khas.
Penyahbauan: Menghilangkan bau tidak menyenangkan untuk memastikan karpet kekal segar.

Program Infaq ini dikendalikan oleh Aiwah Solutions

Aiwah Cuci diasaskan pada 1 Januari 2023 oleh Ust Abu & Ust Hafiz. Pengalaman kami membersihkan lebih 600 buah rumah & 30 buah pejabat, sekolah, madrasah & surau.

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.”

Hadis Riwayat Muslim

RM10

INFAQ 10

RM30

INFAQ 30

RM50

INFAQ 50

RM$

SEIKHLAS HATI

Jom Bersama Membersihkan Rumah Allah!

Infaq anda, walau sekecil mana sekalipun, mampu membawa perubahan besar. Sertai kami hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha murni ini.

Scroll to Top